Tentang Kami
Public Gold
Selamat datang ke Public Gold , sebuah platform yang menawarkan cara yang mudah, selamat dan patuh Syariah untuk memiliki serta mengurus emas berketulenan tinggi.
Misi kami adalah untuk menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses oleh semua. Dengan Public Gold, anda boleh membeli dan mengurus emas dengan mudah melalui aplikasi mudah alih yang mesra pengguna, sambil memastikan setiap urus niaga selari dengan prinsip dan nilai Syariah.

Misi
Public Gold Sdn Bhd di tubuhnya secara rasmi pada 23 Mei 2008. Semenjak 18 tahun lepas, semua pembeli emas Public Gold akan mendapat emas yang dibeli melalui perkhidmatan dan pengurusan yang cekap yang hanya bermula dengan satu cawangan dan kini tahun 2018 telah mempunyai 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia dan telah menambah pelbagai cabang perniagaan.
Pada 18 Oktober 2008 Public Gold telah melancarkan Public Gold Bar iaitu jongkong emas pelaburan yang terdiri daripada gold bar 999.9 dan emas dinar 916. Gold bar Public Gold telah disenaraikan dalam Malaysia Book Of Record sebagai jongkong emas bersijil dan termurah di Malaysia pada 8 April 2009. Public Gold telah melancarkan barang kemas untuk perhiasan 916 dan jongkong perak pada 28 Februari 2010. Jongkong perak Public Gold juga telah tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong perak. Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat emas antarabangsa dari Turki iaitu Nadir Metal Rafineri bagi mengimport gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA yang bebas gst. Dinar emas 916 Public Gold di ubah kepada emas dinar 999.9 atau 24 Karat lbma bagi mendapat pengecualian cukai gst.
Kenapa Public Gold.
Public Gold telah beroperasi sejak 2008 dan menyediakan ekosistem pembelian, simpanan, penebusan, penghantaran dan jual balik emas.
Patuh syariah
Transaksi emas dan akaun GAP termasuk dalam skop pematuhan syariah yang dinyatakan Public Gold.
Urus secara online
GAP boleh dibeli dan diurus melalui sistem Public Gold menggunakan kemudahan pembayaran seperti FPX.
Emas boleh dihantar
Servis Gold In Transit membolehkan item yang layak dihantar terus kepada pelanggan dengan perlindungan penghantaran.
Mulakan Perjalanan Emas Anda Hari Ini
Di Public Gold, kami komited untuk menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses dan tanpa kerumitan, dengan fokus kepada kepercayaan, keselamatan dan kemudahan penggunaan.
