Skip to content

Home

MILIKI EMAS, MUDAH DAN PATUH SYARIAH

Pemilikan emas yang patuh syariah dan dipermudahkan oleh PUBLIC GOLD

APA ITU AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD?

Akaun Emas GAP Public Gold membolehkan pembelian emas tanpa simpanan dan pengawasan di tangan, tanpa kos penyimpanan, dan boleh ditebus atau dijual pada bila-bila masa. Sesuai untuk pelaburan dengan modal kecil!

KELEBIHAN AKAUN PUBLIC GOLD

Transaksi Di Hujung Jari

Beli, simpan & jual emas boleh dibuat dihujung jari anda. Mula menyimpan serendah RM100

Delivery Emas Berinsuran

Tak perlu keluar rumah. Public Gold menyediakan servis pos emas berinsuran terus kepada anda melalui servis GIT (Gold-in-Transit).

Jaminan Beli Balik

EMAS PUBLIC GOLD

BUNGA EMAS, DINAR, SMALL BAR

DINAR

BUNGA EMAS, TAI FOOK

TESTIMONI

Impian dapat dicapai dengan menabung emas.

Apa Kata Pelanggan PG

Mereka gembira menjadi pelanggan Public Gold.

“

Dengan emas saya tidak lagı bocor wang.
Setiap bulan mampu simpan 1gram sebagai simpanan di akaun GAP
.

AF

Anim Fadzallah

Muar, Johor

“

Simpan emas lagi selamat dan mudah
berbanding simpan duit. Setiap bulan gram emas bertambah dalam tidak sedar
.

AM

Aris Mahat

Johor Bahru, Johor

“

Pernah dengar org kata kena ada 3bulan gaji utk simpanan? Saya dah berjaya buat dengan simpanan emas. Alhmdulillah

NS

Nurul Shuhada

Kota Bharu, Kelantan

Soalan Lazim

Barang kemas, gold bar, ataupun dinar, yang mana lebih baik?

Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread (‘susut nilai’) sama, ketulenan pun sama (ketulenan 999.9).

Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

Bila waktu terbaik beli emas?

Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.

Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah.

Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.

Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark.

Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.

ASB, Tabung Haji, atau emas, yang mana lebih baik?

Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun.

Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walauapapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.

Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.

Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Berapa bajet paling minimum untuk memulakan simpanan emas?

Dengan Public Gold, boleh mula menabung emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa dengan bajet RM100 setiap kali belian.

Tidak ada syarat wajib beli setiap bulan.

Item paling kecil boleh dikeluarkan dari Akaun GAP ialah gold bar 1 gram (berketulenan 999.9) pelbagai design.

Emas fizikal atau Akaun Emas GAP, yang mana lebih baik?

Simpanan emas terbaik ialah emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin.

Cuma untuk pastikan kita menabung secara KONSISTEN, saya lebih suka Akaun Emas GAP. Ia lebih mudah, dan lebih fleksibel.

GAP juga emas fizikal. Kita boleh menabung dengan bajet serendah RM100. Bila cukup gram dan nak keluarkan emas fizikal untuk simpan sendiri, boleh minta Public Gold poskan pada bila-bila masa.

Berapakah jumlah emas yang dikenakan zakat?

Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah).

Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).

Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas

Bolehkah beli terus secara walk-in di branch Public Gold terdekat?

Public Gold tak terima belian secara walk-in.

Untuk keselesaan hampir 1 juta pelanggan, branch Public Gold hanya berikan servis untuk pelanggan yang nak collect item emas bersaiz besar (yang tidak boleh dihantar melalui GIT i.e. pos berinsuran), iaitu item 50 gram / 10 dinar (42.5 gram) ke atas.

Untuk datang collect emas, kena order, buat pembayaran, dan appointment terlebih dahulu.

Untuk item kecil (item 5 dinar / 20 gram ke bawah), Public Gold akan pos terus dari HQ Penang menggunakan servis Gold-in-Transit (GIT).

Kalau pemilik Akaun GAP meninggal dunia, macam mana cara nak tuntut emas tersebut?

Ahli waris kena datang ke branch Public Gold terdekat, serahkan dokumen berikut:

  • Surat Kematian
  • Surat kuasa pentadbir harta pusaka dari mahkamah
  • IC pewaris
  • Surat pengesahan hubungan dengan si mati i.e. Sijil Nikah, Sijil Kelahiran

Public Gold ikut prosedur biasa urus harta si mati, sama macam duit dalam akaun bank.

About Public Gold

Public gold now is the largest Physical Gold Bar Trading company in Malaysia with 24 hours X 7 days on-line , Its hassle FREE. Public gold specialised in Investment Precious Metal (IPM) with 150 to 300 employee in Malaysia , Singapore and Indonesia and more than 120,000 customer base.

Why Public Gold?

To date Public Gold can be considered as World’s FIRST Physical Gold Trading Platform with Shariah Compliant. Public Gold offers a platform to buy and sell 100% Physical Gold & Silver on-line 24/7 . Today Public Gold business already 10 years with solid organization.

Address

Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV 11900 Penang Island, Penang, Malaysia

With 17 Branches in Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Kelantan, Terengganu, Pahang, N.Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak & Sabah